BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, 22 December 2011

♥ Sedarkah Adam ? ♥

Wahai Adam,
Dengarkanlah suara hati Hawamu,
Buangkanlah egoismu
Rendahkanlah sedikit dirimu
Sesungguhnya itu tidak merugikanmu..


Wahai Adam,
Sedarkah kamu bahawa Hawamu
sering menangisimu
Setiap kali dia risau akan keadaanmu?
Rindu akan kamu?


Wahai Adam,
Sedarkah kamu bahawa Hawamu mengimpikan
menjadi yang sempurna buat kamu?
Walaupun dia sedar bukan mudah baginya
untuk memenuhi setiap permintaanmu?
Tetapi dia tetap berusaha untuk menawan hatimu
kerna dia tahu kamu insan penting buatnya...


Wahai Adam,
Sedarkah kamu bahawa setiap kata
penyakit jiwa yang kau madahkan itu
bisa merobek hati kecil Hawamu?
Sedarkah kamu egomu melangit 
sehingga Hawamu sanggup mengakui bahawa
silapmu adalah silapnya?
Sedarkah kamu bahawa Hawamu sanggup memohon maaf darimu
walaupun sepatutnya kamu yang memohon kemaafan darinya?
Demi menjaga hatimu sedangkan kamu juga patut menjaga hatinya..


Ya Allah,
Bertapa lembutnya hati Si Hawa yang Kau jadikan..


Adam,
Sedarlah..
Hawamu masih setia menantikanmu..
Masih setia ingin menjadi yang terbaik buatmu..
Masih setia ingin kamu menjadi imamnya kelak...


Adam,
Bukalah mata hatimu
Mata akalmu..
Lihatlah apa yang ada di hadapanmu..
Hargailah apa yang kamu miliki kini..
Sebelum dia bukan menjadi milik kamu lagi..
Sebelum dia pergi membawa hati yang duka..
Sebelum dia pergi meninggalkan cinta..
Sebelum dia pergi meninggalkan dunia..  




-2 a.m. -


]

0 comments: