BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, 22 December 2011

♥ Ceritera Cinta Aku dan Kamu ♥

Kau dan aku
Kini menjadi satu
Segalanya bermula melalui sebuah pertemuan
Pertemuan yang tidak direncana
Di sebuah acara seliaanmu..


Kau yang jauh di sudut hadapan
dan aku jauh di sudut pengakhiran
Terlihat kamu tatkala pelik dengan pandanganmu
Begitu juga kamu yang pelik dengan pandanganku
Aku juga terlihat kamu mentertawakan aku
Tatkala aku berbuat silap sewaktu aktiviti seliaanmu..
Namun, kuabaikan kerna mungkin
itu hanyalah perasaanku..


Seminggu berlalu,
Aku mendapat teguranmu di 'muka buku'
Terkedu tak terkata melihat teguranmu
Adakah benar kamu penganjur tempoh hari??
Tatkala perkenalan itu, kau minta nomborku..
Pada mulanya ku enggan..
Tetapi memikirkan mungkin 
Kamu bisa bantu menasihati soal pelajaranku
Searus dengan tugasmu..
Sealiran dengan kerjayamu..


Hari demi hari,
minggu demi minggu persahabatan terjalin
Sampai suatu ketika
Kau enggan bersahabat denganku lagi
tetapi menginginkan aku menjadi teman istimewa kamu
Yang bertakhta di hati kamu..
Aku kaget.Terkejut tak terkata..
Mana mungkin kamu,
seorang jejaka yang tampan dan bekerjaya
mahukan aku??


Aku hanyalah pelajar sekolah..
Walaupun hampir menamatkan zaman belasan tahun
dan juga zaman persekolahanku
tetapi aku hanyalah insan kerdil
jika dibandingkan dengan kamu..


Namun,
Kata-kata dan doamu
Menjadi penyejuk kekeliruanku..
"Sesungguhnya Abang berdoa
tatkala terlihat kamu di sepanjang acara itu..
"Ya Allah, Kau temukanlah aku dengan gadis itu
jika benar dia adalah jodohku..."


"Cincin ini tanda cinta kita...."
Kata-kata manis yang kuterima
sewaktu kau hulur hadiah pertama buatku..
Pandangan matamu,
bisa meruntun jiwa kecilku..
Walau dalam pertemuan sesingkat itu..
Kau titipkan juga
Sebatang pena yang terukir namamu
beserta wangianmu...
Masih kusimpan rapi dan ku sarung sehingga kini...


Kini,
Genap tujuh bulan hubungan terjalin
Aku bukan lagi pelajar sekolah..
tetapi aku sebagai bakal siswi..
Aku mahu setanding kamu
dan juga sehebat kamu..
Terima kasih atas segala keperihatinannmu
terhadapku
Terima kasih kerna bisa bersabar
dengan kerenah kebudak-budakkanku
Terima kasih atas segalanya..


Aku berharap,
Kaulah jodohku..
Kaulah imamku kelak...
Kaulah pemimpinku keluargaku kelak..
Dan kau jugalah pembimbingku kelak..


Semoga cintamu tidak melebihi cinta terhadap Tuhanku..
dan cintaku juga tidak melebihi cinta terhadap Tuhanmu..   


-3.03 a.m.-





0 comments: