BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, 22 December 2011

♥ Mak..ini anak mak... ♥

Nak,
Seusiamu
mak telah mengambil alih tugas ibuku
Seusiamu
Mak telah melakukan pelbagai tugas menggantikan ibuku
Seusiamu
ibuku hanya perlu duduk berehat..

Nak,
Anak orang lain bijak-bijak belaka
Anak orang lain rajin-rajin belaka
Anak orang lain sudah tahu melakukan segala kerja
Anak orang lain sudah belajar sampai ke menara
Tetapi anakku?
Runtun hatiku
Menitis air mataku..

Dari anakku sebesar telapak tanganku
Ku jaga, ku tatang bagai menatang minyak yang penuh
Kau sakit, kuubati
Kau lapar, kusuapi
Kau tidak tahu, kuajari
Kau meminta, kuturuti
Tanpa kuminta sebarang balasan darimu nak...

Tetapi nak,
Mengapa pabila kau meningkat dewasa
Kau masih tidak mengerti?
Mengapa masih membebani?

Mak,
Kusedar..
Anak orang lain bijak-bijak belaka
Anak orang lain rajin-rajin belaka
Anak orang lain tahu melakukan segala kerja
Anak orang lain sudah belajar sampai ke menara

Tetapi mak,
Tidak bijakkah anak mak?
Tidak rajinkah anak mak?
Tidak tahu melakukan segala kerjakah anak mak?
Tidak berjayakah anak mak sekiranya
belum berginjak ke menara?
Walaupun kau tahu, anakmu sedang berusaha
ke arah itu..

Tapi mak,
Mengapa perlu diibandingkan
dengan anak orang lain?
Aku adalah anak mak
Dan mak adalah ibu kandungku
Bukanlah ibu kepada anak orang lain...

Mak,
Kusedar..
Aku tak sehebat anak-anak orang lain
Aku perlu menjaga statusmu
yang terdiri dalam kalangan orang bijak pandai

Tapi mak,
Tahukah mak bahawa anakmu
sentiasa berusaha untuk berjaya
agar dapat menggembirakanmu?
Mmebuatmu bangga denganku?

Tahukah mak,
Anakmu sentiasa berusaha
untuk menjadi anak remaja yangg terbaik
buat ibu bapanya?
Tahukah mak bahawa anakmu
sentiasa menahan sebak tatkala dibandingkan
dengan anak orang lain?
Mak,
Bersyukurlah...
Aku hanyalah aku..
Aku hanyalah anak yang punya kekurangan
Tanpa punya kelebihan untuk dibanggakan..

Mak,
Disaat kalam lancar menyusun kalimah
Fikiran membariskan kata
Hati meluahkan rasa
Menitis air mata mengusung hiba...

Mak,
Percayalah,
Sekecewa mana mak punyai anak sepertiku
Sehiba mana mak menahan sebak atas kegagalanku
Seletih mana mak membesarkanku
Aku akan tetap membalas budimu..

Percayalah mak...
Anakmu sentiasa ikhlas setiap kali membantumu
Sentiasa beristighfar setiap kau memarahiku
agar hatiku tidak berkata dusta terhadapmu
agar hatiku lembut menerima kata-katamu
Kerna kutahu..marahmu tanda sayang
Kritikmu tanda cinta..
Kata-katamu tanda nasihat..

Mak,
Maafkanku atas segala keterlanjuran
kata mahupu perbuatanku terhadapmu..
Aku tak mampu melihatmu kecewa lagi..
Akanku buktikan,
Aku juga setanding dengan anak orang lain..

Mak,
Maafkanlahku dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki
Ingin kusekang air matamu
tapi ku tak mampu
kerna ku tak bisa menahan sebakku melihatmu..

AKU SAYANG MAK!

Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

Hassan sahih;diriwayatkan oleh an-nasai’e.

Seorang sahabat bernama Jahimah ra datang menemui RasulluAlllah saw meminta pandangan baginda untuk dia ikt serta dalam ekspedisi berjihad.Rasullah saw bertanya: "adakah kamu ada ibu?"Jahimah menjawab : "Ya!" Lalu RasulluAllah saw bersabda:"tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga berada dibawah tapak kakinya".
 
 
 

 

0 comments: