BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, 22 December 2011

♥ Cinta Hawa ♥

Hawa,
Mengapa kau dijadikan dengan memiliki 
hati yang lembut?
Hatimu 
umpama kertas yang mudah robek..
umpama kaca yang bisa berderai..


Hawa,
Mengapa kau sanggup memberi perasaan sayangmu
buat insan yang tidak tahu erti kasih dan sayang?
Kau sering diabai
Dihambur dengan kata-kata penyakit jiwa
Tetapi Hawa,
Kau tetap tenang menghadapinya..
Malah tetap terus mengalirkan kasih sayangmu
umpama sungai yang mengalir tiada henti..


Hawa,
Mengapa kau sanggup melakukan apa sahaja demi dia?
Mengapa kau terlalu mengambil berat tentang dia?
Mengapa kau selalu rindu akan dia?
Mengapa kau sangat menyayangi dia?
Kau perlu mencari jawapannya sendiri wahai Hawa..
Walaupun ku tahu kau juga keliru dengan perasaanmu...


Wahai Hawa,
Kau lakukanlah yang terbaik
Jika benar dialah Adammu
yang telah tertulis di Luh Mahfuz..
Hanya dia, untuk dia dan demi dia..
Tanpa mengurangkan sedikit pun cintamu kepada Yang Esa..



-1.30 a.m. -

0 comments: