Aku ingin bercerita
tapi bukan dengan kata-kata
kerana kisah ini terlalu kelam
untuk diungkap dengan bahasa.
Aku ingin berduka
tapi bukan dengan nestapa
kerana luka ini terlalu dalam
untuk ditakung dengan air mata.
Barangkali
aku harus diam sahaja
agar cerita dan duka ini
tidak disalah mengerti
jika pincang memilih kata-kata
andai tandus mencari air mata.
by: Ramzah Dambul_Alien Menchari Chinta
Monday, 1 July 2013
♥ Barangkali I by Ramzah Dambul ♥
Posted by ♥ Aisyah Hafiza ♥ at 12:17
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment