BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, 1 July 2013

♥ Terakhir Kali by Ramzah Dambul ♥

i
Buat terakhir kali
aku ingin merayu
jangan buang rindu itu;
tentu kau ingat, kita berdua
pernah akrab kerananya.

Buat terakhir kali
jangan benci luka ini
tentu kau tahu, kita berdua
jadi dewasa kerananya.

ii
Buat terakhir kali
padamu, ingin kukatakan;
rindu itu lebih berharga
luka itu lebih bermakna
dari sebuah cinta lama.

Yang tidak lagi menyala
pada hati yang sama.

by: Ramzah Dambul_Alien Menchari Chinta

♥ Cinta Nan Pergi by Ramzah Dambul ♥

i
Cinta pertama
seperti warkah lama
berulang-ulang dibaca
manis masih serupa.

Cinta tertangguh
seperti warkah baru
berhari-hari menunggu
rindu enggan berlalu.

Cinta nan pergi
seperti warkah hilang
kiriman sudah terhenti
luka tak pernah mati.

ii
Cintaku masa silam
seperti warkah kusam
tersisih di sudut kamar
lusuh dengan rahsia.

by: Ramzah Dambul_Alien Menchari Chinta

♥ Barangkali I by Ramzah Dambul ♥

Aku ingin bercerita
tapi bukan dengan kata-kata
kerana kisah ini terlalu kelam
untuk diungkap dengan bahasa.

Aku ingin berduka
tapi bukan dengan nestapa
kerana luka ini terlalu dalam
untuk ditakung dengan air mata.

Barangkali
aku harus diam sahaja
agar cerita dan duka ini
tidak disalah mengerti
jika pincang memilih kata-kata
andai tandus mencari air mata.

by: Ramzah Dambul_Alien Menchari Chinta

♥ Cincin Hati by Ramzah Dambul ♥

Usah kau pinta lagi
berulang kali
tanda di jari.

Cincin hati
cukup sebagai bukti
kasih telah terpatri.

Cinta tanpa tanda,
itu cinta tak pernah tua.



by: RAMZAH DAMBUL _ Alien Menchari Chinta-

♥ Allah, Aku Rindu! ♥

Allah
Aku benar-benar rindu akan dia
Aku benar-benar cinta akan dia
Namun takdir-Mu lebih berkuasa
Sesungguhnya Engkaulah yang bisa merencana.

Allah,
Kau lembutkanlah hati dia
Untuk turut besama mengecap cinta-Mu Ya Ilahi
Sebelum dia mengecap cinta si insani.

Allah,
Jika dia sudah menjadi hamba yang setia kepada kekasih-Nya
Jika dia bukan lagi untukku
Kau lindungilah hati dan imannya
Agar terus bertemankan hidayah-Mu.

Allah,
Jika benar dia jodohku,
Kau dorongkanlah hatiku kepadanya
Kau kuatkanlah iman kami agar tetap cinta kepada-Mu
Kau lindungilah jodoh kami yang telah Engkau takdirkan.

Allah,
Jika benar dia bukan jodohku
Janganlah Engkau membuatku benci padanya
Tetapi lenyapkanlah segalanya tentang dia
Agar hatiku terpelihara buat yang berhak memiliki.

Allah,
Aku hanyalah seorang wanita yang lemah
Kau kuatkanlah imanku
Kau bangkitkanlah jiwaku
Agar tak lagi kecundang kerana kasih hamba-Mu.

♥ AH

♥ Doa Sang Hamba Buat-Nya ♥

Ya Allah,
Ampunilah segala dosa hamba-Mu yang hina ini
Dosa yang tak tertampung buat si hamba..

Ya Rabbi,
Berilah hidayah-Mu
Rahmat-Mu
dan Petunjuk-Mu
Agar aku dapat terus mengejar sirna redha-Mu.

Ya Kafi,
Kuatkanlah imanku
Agar aku terus istiqomah
dengan hijrahku
Hijrah yang lahir dari hati .

Ya Rahman,
Sucikanlah hatiku dari segala nista
Bersihkanlah kotak jiwa dan minda
daripada segala dusta
Lindungilah nurani daripada bisikan syaitan laknatullah
Sesungguhnya hamba-Mu ini mengharap redha-Mu Ya Rahman.

Ya Rahim,
Izinkan aku untuk mengecap nikmat 
Menjadi seorang muslimah yang solehah
Menjadi anak yang berjasa
Menjadi sahabat yang setia
Menjadi permaisuri buat si dia.

Sesungguhnya
Engkau sahaja yang berhak ke atasku
Dan kepada-Mu sahaja aku menyerahkan segala-galanya.

♥ Buat Dia Yang Bernama Kamu ♥

Buat dia yang bernama kamu..
Ingin sekali aku nukilkan sebuah nota cinta
Sebagai tanda aku masih setia
Namun nota itu kau pandang sebelah mata
Sepertinya tiada harga.

Buat dia yang bernama kamu..
Setiap kali kulakarkan madah pujangga
Sebagai tanda rindu di jiwa
Namun ibarat kulakarkan di air yang tenang
Wujudnya seketika hilangnya berlama.

Buat dia yang bernama kamu..
Setiap kali hatiku berbicara
Seringkali kau hamburkan kata-kata nista
Halus bicaraku
Kau katakan 'ayat novel' segala
Namun mengertilah wahai kamu!
Sebagaimana halusnya bicaraku,
Seperti itulah halusnya hati kecilku.

Buat dia yang bernama kamu..
Bibirku tidak pernah berbicara denganmu
Bertahun lamanya
Hanya hati kecil yang kau hina inilah
Yang melakar santun bicara buatmu
Yang menjadi air tika amarahmu
Yang menjadi tadahan hamburanmu
Yang menjadi pelangi tika sukamu
dan Yang menjadi selimut tika dukamu.

Namun..
Segala pengorbanan yang dicurahkan
Hanya menjadi hiasan di langit malam
Menjadi teman kepada bintang.

Saya yang bernama aku..
Hanyalah seperti syamsi di langit terang..
Kehadiranku kau benci
Kau benci dengan bahangnya
Kau benci dengan terik mentarinya
Tetapi kau masih mengharap sirnanya
Demi kehidupan yang kau damba.

Buat dia yang bernama kamu..
Siapalah saya yang bernama aku..
Hanya insan kamil yang menumpang hidup di bumi Allah..
Hanya bunga pudar yang menumpang hinggap di hatimu..
Tak kau usik
Tak kau hidu
Tak kau pandang walau sekejap cuma..

Terima kasih dia yang bernama kamu..
Ikhlas dari saya yang bernama aku...


by : ♥ AH

♥ Cinta Si Kasih ♥

Saat ini
Entah mengapa sungguh sukar
rasa hati ini untuk dimengerti..

Tiada kata yang bisa mendahului bicara
Hanya hati yang berkuasa.
Andai mulut cuba berdusta
Namun hati cuba menafikan nista.

Apa yang kau mahu?!
Cinta pergi meninggalkan Kasih..
Kasih terpaku berduka nestapa..
Masih mengharap hadir Cintanya kasih..
Namun dibiar sepi tanpa bicara.

♥ AH