BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, 28 December 2013

Rasa Yang Menyinggah II

aku harap
kau dapat rasa apa yang aku rasa..
jika benar kau insannya..

jika tidak
hapuskan rasa ini segera Ya Rabbi
kerana ak xmengimpikan
rasa yang sekadar menyinggah
sekejap cuma..
kerana ianya hanyalah
rasa yang sia-sia..
 AH 

Tuesday, 8 October 2013

Duhai sahabat..
Tegur aku jika aku mula berubah..
Ingatkanaku jika aku mula alpa..
Kuatkan aku jika aku lemah..
Papah aku jika aku jatuh..
Ajari aku jika aku jahil.. 

Duhai sahabat..
Tidak sedikit pun kebongkakkan tercalit
di hati aku, dia dan mereka..
Tidak setitis pun titisan duniawi
Menutupi hijab pandangan kami
untuk melupakan itu dan ini
Kamu dan dia
Kalian dan mereka
Walaupun hanya kerana tanggungjawab dunia..

Ingat pesan ini..
Walau dimana aku,dia dan mereka..
Walau dimana kamu,kalian dan dia..
Ingatlah..kamu,kalian dan dia

Tetap di hati kami..
Insan hina yang bukan siapa-siapa...  -AH-

Monday, 1 July 2013

♥ Terakhir Kali by Ramzah Dambul ♥

i
Buat terakhir kali
aku ingin merayu
jangan buang rindu itu;
tentu kau ingat, kita berdua
pernah akrab kerananya.

Buat terakhir kali
jangan benci luka ini
tentu kau tahu, kita berdua
jadi dewasa kerananya.

ii
Buat terakhir kali
padamu, ingin kukatakan;
rindu itu lebih berharga
luka itu lebih bermakna
dari sebuah cinta lama.

Yang tidak lagi menyala
pada hati yang sama.

by: Ramzah Dambul_Alien Menchari Chinta

♥ Cinta Nan Pergi by Ramzah Dambul ♥

i
Cinta pertama
seperti warkah lama
berulang-ulang dibaca
manis masih serupa.

Cinta tertangguh
seperti warkah baru
berhari-hari menunggu
rindu enggan berlalu.

Cinta nan pergi
seperti warkah hilang
kiriman sudah terhenti
luka tak pernah mati.

ii
Cintaku masa silam
seperti warkah kusam
tersisih di sudut kamar
lusuh dengan rahsia.

by: Ramzah Dambul_Alien Menchari Chinta

♥ Barangkali I by Ramzah Dambul ♥

Aku ingin bercerita
tapi bukan dengan kata-kata
kerana kisah ini terlalu kelam
untuk diungkap dengan bahasa.

Aku ingin berduka
tapi bukan dengan nestapa
kerana luka ini terlalu dalam
untuk ditakung dengan air mata.

Barangkali
aku harus diam sahaja
agar cerita dan duka ini
tidak disalah mengerti
jika pincang memilih kata-kata
andai tandus mencari air mata.

by: Ramzah Dambul_Alien Menchari Chinta

♥ Cincin Hati by Ramzah Dambul ♥

Usah kau pinta lagi
berulang kali
tanda di jari.

Cincin hati
cukup sebagai bukti
kasih telah terpatri.

Cinta tanpa tanda,
itu cinta tak pernah tua.



by: RAMZAH DAMBUL _ Alien Menchari Chinta-

♥ Allah, Aku Rindu! ♥

Allah
Aku benar-benar rindu akan dia
Aku benar-benar cinta akan dia
Namun takdir-Mu lebih berkuasa
Sesungguhnya Engkaulah yang bisa merencana.

Allah,
Kau lembutkanlah hati dia
Untuk turut besama mengecap cinta-Mu Ya Ilahi
Sebelum dia mengecap cinta si insani.

Allah,
Jika dia sudah menjadi hamba yang setia kepada kekasih-Nya
Jika dia bukan lagi untukku
Kau lindungilah hati dan imannya
Agar terus bertemankan hidayah-Mu.

Allah,
Jika benar dia jodohku,
Kau dorongkanlah hatiku kepadanya
Kau kuatkanlah iman kami agar tetap cinta kepada-Mu
Kau lindungilah jodoh kami yang telah Engkau takdirkan.

Allah,
Jika benar dia bukan jodohku
Janganlah Engkau membuatku benci padanya
Tetapi lenyapkanlah segalanya tentang dia
Agar hatiku terpelihara buat yang berhak memiliki.

Allah,
Aku hanyalah seorang wanita yang lemah
Kau kuatkanlah imanku
Kau bangkitkanlah jiwaku
Agar tak lagi kecundang kerana kasih hamba-Mu.

♥ AH

♥ Doa Sang Hamba Buat-Nya ♥

Ya Allah,
Ampunilah segala dosa hamba-Mu yang hina ini
Dosa yang tak tertampung buat si hamba..

Ya Rabbi,
Berilah hidayah-Mu
Rahmat-Mu
dan Petunjuk-Mu
Agar aku dapat terus mengejar sirna redha-Mu.

Ya Kafi,
Kuatkanlah imanku
Agar aku terus istiqomah
dengan hijrahku
Hijrah yang lahir dari hati .

Ya Rahman,
Sucikanlah hatiku dari segala nista
Bersihkanlah kotak jiwa dan minda
daripada segala dusta
Lindungilah nurani daripada bisikan syaitan laknatullah
Sesungguhnya hamba-Mu ini mengharap redha-Mu Ya Rahman.

Ya Rahim,
Izinkan aku untuk mengecap nikmat 
Menjadi seorang muslimah yang solehah
Menjadi anak yang berjasa
Menjadi sahabat yang setia
Menjadi permaisuri buat si dia.

Sesungguhnya
Engkau sahaja yang berhak ke atasku
Dan kepada-Mu sahaja aku menyerahkan segala-galanya.

♥ Buat Dia Yang Bernama Kamu ♥

Buat dia yang bernama kamu..
Ingin sekali aku nukilkan sebuah nota cinta
Sebagai tanda aku masih setia
Namun nota itu kau pandang sebelah mata
Sepertinya tiada harga.

Buat dia yang bernama kamu..
Setiap kali kulakarkan madah pujangga
Sebagai tanda rindu di jiwa
Namun ibarat kulakarkan di air yang tenang
Wujudnya seketika hilangnya berlama.

Buat dia yang bernama kamu..
Setiap kali hatiku berbicara
Seringkali kau hamburkan kata-kata nista
Halus bicaraku
Kau katakan 'ayat novel' segala
Namun mengertilah wahai kamu!
Sebagaimana halusnya bicaraku,
Seperti itulah halusnya hati kecilku.

Buat dia yang bernama kamu..
Bibirku tidak pernah berbicara denganmu
Bertahun lamanya
Hanya hati kecil yang kau hina inilah
Yang melakar santun bicara buatmu
Yang menjadi air tika amarahmu
Yang menjadi tadahan hamburanmu
Yang menjadi pelangi tika sukamu
dan Yang menjadi selimut tika dukamu.

Namun..
Segala pengorbanan yang dicurahkan
Hanya menjadi hiasan di langit malam
Menjadi teman kepada bintang.

Saya yang bernama aku..
Hanyalah seperti syamsi di langit terang..
Kehadiranku kau benci
Kau benci dengan bahangnya
Kau benci dengan terik mentarinya
Tetapi kau masih mengharap sirnanya
Demi kehidupan yang kau damba.

Buat dia yang bernama kamu..
Siapalah saya yang bernama aku..
Hanya insan kamil yang menumpang hidup di bumi Allah..
Hanya bunga pudar yang menumpang hinggap di hatimu..
Tak kau usik
Tak kau hidu
Tak kau pandang walau sekejap cuma..

Terima kasih dia yang bernama kamu..
Ikhlas dari saya yang bernama aku...


by : ♥ AH

♥ Cinta Si Kasih ♥

Saat ini
Entah mengapa sungguh sukar
rasa hati ini untuk dimengerti..

Tiada kata yang bisa mendahului bicara
Hanya hati yang berkuasa.
Andai mulut cuba berdusta
Namun hati cuba menafikan nista.

Apa yang kau mahu?!
Cinta pergi meninggalkan Kasih..
Kasih terpaku berduka nestapa..
Masih mengharap hadir Cintanya kasih..
Namun dibiar sepi tanpa bicara.

♥ AH

Tuesday, 5 March 2013

Puisi Nukilan Bonda Buat Pejuang Negara...♥


WIRA YANG TERKORBAN

Jasamu kusanjung
Jasamu kujunjung
Demi
Mendaulat bumi bertuah ini.

Semangat jiwamu
Langkah beranimu
Menggempur petualang
Yang
Tidak termampu aku menjejak
Tidak berturut aku menapak
Bersamamu di medan juang.

Langkahmu langkah perwira
Mengharung pesisir
Membelah rimba
Mempertaruh nyawa di hujung
senjata
Demi maruah negara
Demi rakyat sejahtera
Demi aku untuk terus selesa

Sebak dada menghambat rasa
Mengenang anak ditinggal tanpa bapa
Raung isteri hilang tempat bermanja
Esak si ibu pernah mengandung sembilan purnama.

Moga rohmu rahmat mengiring
Moga juangmu dihitung Ilahi
Moga aman jasadmu disemadi.

Sesurah Fatihah dari lubuk hati
Jasamu terkenang perwira sejati.

NUKILAN : AINITJ
TEMPAT : KAMAR 5 MUJAHID, SMKA MAAHAD MUAR
TARIKH:6 MAC 2013



Monday, 4 February 2013

De Best Scenery in Bukit Expo, UPM =)

Assalamualaikum Si Manis Si Kacak Si Jelita Si Macho Si Comel sekaliannnn..
(bodek nampakkk..lolz!) :p
Post kali nih xnk tulis banyak..sbb memey spesis ak maleh nk taip kt blog pnjg2..
kalo kasi tweet tu mmg handal lah smpai 30k ak tweet..hehe  (bajet retis tahap kak jemah jap)
So kali ni tgk ja naaa..
Hayati keindahan BUKIT EXPO, UPM TERCINTA..hehu!














Friday, 1 February 2013

Ceritera Dunia Baruku di Sem 1

Bismillahirrahmanirrahim...
 ikan berenang di dalam longkang,
wlaupun longkang dan parit ku x dapat beza,
peduli apa dgn pak hang,
aku punya pantun,aku punya suka..
LOLZ!hahaha
ace tetibe berpantun la pulok..

al kisahnya dh lama la x mencoretkan kata-kata pujangga cap hayam kat blog nih..
dh bersawang dh ponnn..
so alang-alang sambi mnyambil nk vacum sawang2 nih sume..
ni beta nk crita la al kisah kehidupa beta di dunia baru beta...

nk story pepanjang cm xgne..spe je nk bce ngomelan yg pnjg an?
so beta bercetory melalui gambar2 la yerr..

Kisahnya bermula di suatu tempat yg bernama UPM...
Universiti Paling Mantop..EH!hehe



Nak specific lagi..kt sini la aku tinggal..KOLEJ KEENAM TERCINTA.. *fyyooo ayat..propa x propa..huhu*

Hari pertama nak  lari rumah..family pn siap tlong aku tapau barang nk lari rumah taw..hehu
see..nak lari rumah pun kene daftar2..kau hado???haha

Hari pertama sbgai juniorita..tgh check list name drpd seniorita..kak intan syafina..
dpt BLOK CERMAI TERCINTAA..wah!hehe

sempat sokmo berposing :p
ayah cakap ayah rindu nk kemas brg kat hostel U..
so sume barang aku ayah kemas..
sweet x???hehe
Sweet x?sweet x?? :p
rehat2 lpas pnt kemas bilik tercinta..huhu
ni la roomate baru kite.. HARTINI MOHD ALI dri kelantan =)
ok,mase ni masing2 malu2 kucing nk terkencing..lolz!hehe
nmpk cam bahgia kan??senyum je kan??tpii dalam ati masa tuu..Tuhan jela yg tawww..
xpenah berpisah jauh n lama meyhhh..
trus ilang selera mkn spnjg orentasi..
turun berat 20gram.. (ok tipu jer)
mummy wat adegan sdih plak nak amek gambar sblum balik..sob sob =(
OK..done sodeh sodeh..now nk cetory aktiviti2 yg aku join plak spnjang bergelar warga K6 & UPM.. ^_^
Malam Tunas Putra (MTP)
event pertama juz for juniorita...
tema kali ni boria..
bertanding dgn berbelas2 kolej dan yang pasti event tu sgt OHSEM!
serius wa cakap..talak tipu2 punya..
pengalaman pertama yg dikutip di upm ^_^
kak wan..penari contoh C6 PRODUCTION..sbb karekternya yg sgt gila2 dan happy go lucky ;)


Tuan Tanah page nih..hehe..nak jugakkk.. :p





Gaybe as tukang ape tah namenya..tukang yg nyanyi2 tula..hehe
Detektif Syahirah

Sang Kelembai pon nk interframe u..hahha..kau hado??

wif Kak Arisa..MTM Sekreteriat Kebudayaan K6..wif hdiah ANUGERAH PUBLISITI TERBAIK ;)
boleh laaa..dri xdpt pape langsung kannn..

macik kne sumpah jdi batu..huhu
Tok Bomoh Cina..manyakk handal ini bomoh..
kalu lu olang berminat boleh contact2 wa..
nnt wa bg no.ini bomoh..huhu
Cik Puan Sang Kelembai..hehe

Seram weyh dgr Cik Puan Sang Kelembai ni mngilai..
hhheeeehehehehe (baca dgn nada mngilai plzzz)
 Lepas tamat je MTP..join jdi AJK K6 IDOL plak..
pun event utk junior..kira penutup orientasi la masa tuh..
n me,jdi usher under ajk protokol..
pngalaman baru jgk jdi usher..
slame ni xtaw pn pebende usher tuh
ingatkan nama pnyanyi barat tuh..lolz!
Time nih bdk2 MTP xjoin bertanding sbb dh join MTP..thats y jdi AJK jer ;)


Muke2 bahagia orientasi dah abis slepas sbulan diorientasikan..huhu
yeahhh!freedom! (freedom la sgt..)


Tamat program td..ak sambung pulak dgn program FESTARI..
jarak masa program xjauh..
so agak kepenatan dan ke-bz-an la disitu..
siang kuliah,malam menari smpai pg..
tpi xleh lawan pnt masa MTP..
sbb pnh berlatih smpai kul 6.30 pagi...tpi enjoy! ^_^

Team etnik kreatif.. LELUHUR... ^_^

bersama hadiah penghargaan..wlaupun x mng,tpi pngalaman tu yg mahal dan bermakna ;)

after bertanding..

Team zapin..1 Malaysia maaa...
Zapin Rakyat 1 Malaysia..ZR1M..lolz! :p

Team zapin sdg bertanding..

Team K6 ^_^

 Menari,menari jugak...sukan jangan dilupa..
nak join sukan,ramai sgt atlet..
then dpt la offer utk jdi urusetia...
kisahnya boleh terjebak dgn agenda2 ni bila
sorang mmber tahun 2 dari Kolej Censelor mnx tlong jdi pendemo aerobik
untuk Program Merentas Kampus..
pengalaman baru lg beb..prog U tuuhh..
so lpas wat aerobik, jdi urusetia a.k.a sukarelawan program tu..
dpt bayaran.memey la suke..hehehe..ssshhh

Then beritik tolak bahagi darab dari situlah..
dioffer utk jdi urusetia/sukarelawan Sukan Kolej (SUKOL)UPM..
Masa bertugas di gelanggang netball wif Kak Nor n Kak Ad..
Orang kuat Pusat Sukan UPM..

Sambil2 jaga markah,jdi pnyokong kuat team K6 jugak..
tpi aku jujur k..xde main tipu..huhu
K6 MENANG WEYHHH!
bangga mak nokkk...huhu

K6 Supporter yg cool ;)
 After join SUKOL..dioffer utk jdi sukarelawan Sukan IPT (SUKIPT) plak..
sukan yg julung2 kali diadakan..
mempertandingkn pelbagai acara sukan antara IPTA/IPTS di Malaysia..
Gempak x??hehe
So,kteorg tlah dihantar utk mendengar taklimat di Maktab Tentera Diraja (MTD)
Time tu,sume U area lembah Klang berkumpul..
#mnyambil cuci mata..eh! #juzkidding..nnt cik abg marah..hehe
g MTD nih excited tgk tmpt die jer..
ohsem beb! so bergambar jela kojenya..
mula2 malu..tpi bila tgk stdnt u lain pun sama prangai..
dulik pe..hehe..dah macam wat lawatan sambil bljar plak :p

Hazreen, Haiqal dan Hartini..3H..Hafiza plak tukang amek gmbr..hehe
(xyah nk hafiza sgt la ecah oiii)

memperkenalkan..cik ecah si tuan tanah di tgh2.. (saje nk interframe.. :p )


okfinee..maing2 jakun tgk kreta kebal..huhu

Tuan Tanah bajet di tanah kepunyaannya..
barang2 dari sukipt..3 helai T-shrt, Topi, Tag dan $$$$ hehehe


pengalaman pertama join program camnih..sgt manis..
first time terlibat dgn sukan tenis..
sblum ni xfaham lgsung tenis game die camne..
tpi melalui program nih,aku dapat bljar  corak permainan tenis,pengadilan,pengendalian
dan dapat cuci mata tgk player2 die yg mantop2..hahaha
(xhabis2 cuci mata cik ecah nih..ahax! )
Habis SUKIPT slame seminggu lamanya, menyusul pula program kolej..Fiesta D' K6..
dan skali lagi cik ecah ni terlibat..utk menari zapin..gian weyh nk zapin..
last zapin Form4..huhu
dari kiri Zuria, Fahim, Syau, Fitri n me..jgn tanya knpe gugurl ad 2 org jer..
huhuhu..ad crita disebalik kejadian.. (ape ak mrepek??)

President MTM K6 yang tersenyum bahagia di samping pemain kompang..
time  nih jdi penyambut tetamu jap..

ewahhhh...hehe ^_^








Jgn tanya knpe kiteorg dpt mkn kt main table..
xyah tanya sbb cik ecah ni nk crita..
kunun2 dgr spekulasi ala2 gosip gitu (bajet retis kejap)
 ckp *untunglaa dpt mkn semeja dgn MTM..* untungla itu untungla ini..
huntung x huntung meyh cek nk crita..toksah ckp blakang naaa..
al kisahnya meja utk penari2 telah disebat dik senior2 lelaki..tmpt studnt biasa pn dh full (mcm ad student luar biasa je..)
so,thts y la kami diarahkan duduk semeja dgn MTM memandangkan ad kekosongan disitu..JELAS yer??
sblum wat crita..tanya dlu naaa..cik ecah sudi bercrita ^_^







Next Program..Kutipan Amal Selamatkan Gaza..
ni pn antara pengalaman baru jdi si pengutip derma..hehe
sronok k wat keja amal nih..
baru taw..
skali dah buat,sgt semangat utk buat lagi!
SAVE GAZA!
ALLAHUAKBAR!
wif Nani =)

Tanda tangan tanda sokongan kpd program Selamatkan Gaza.. #semangat!

Adik comel ni pun menderma taw..so sweet ;)
 Aktiviti lain ak slain yg ad kt kolej n u..MERAYAP + SHOPPING!
hehe..biasala pompuan kannn...
bowling time ;)


KLCC ;)




Next, bufday Hazreen =) #suprise!



Aktif,aktif jugak..study jgn dilupa ye anak2..
sibuk smpai pkul 2 3 pagi stdy Jepun wif Noie..stresss!!!


After listening test for Japan's Language.. =)
Me,Noie n Fiza..
Dikala kebosanan kelas dibatalkan..
lepak cafe,webbie!hehe
wif my dear roomate ;)
dinner di Putra Food Court




collegemate yg mmg sempoi dan gila2 ;)
Program Sepetang Bersama Junior dan Senior Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
(pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu n Kesusasteraan Melayu)
Shopping n merayap again!!


Power Puff Girls! Bertukarrr!!!
hehee


Having a fun nitez wif Fiza,Tini,Fatin,Husam n Aswan ;)
Gossip guyzz..hehu!
Alamanda wif roomate ;)

Di kala kebosanan di bilik,g serang bilik jiran..projek mega wat kerabu mangga..yummy!!!
Skali skale jdi Tuan Hakim..hehe
time ni bru lpas melunaskan assigment berlakon bg sbjek Kenegaraan..

Dalam bulan 12,time utk melunaskan Projek Mega Bakti Siswa pula..
my group wat Program Amal Muralthon di SK.Sikamat,Seremban Negeri Sembilan..
Aku pergi awal sehari..kunun2 nk tlong melukis wlaupun xpndai lukis pon..hehe
Actlly tmn my collegemate mlukis..
kteorg stay umah our fesi, Pn.Siti..she's soooo sporting..
her husband too..
siap ajak g dinner luar n karok..haha..really have fun..




orang mewarna kt dinding,aku mewarna kat kertas..xpaham arahan btul cik ecah ni..ish3..


org wat keje, aku ngn nani main..hehe..rindu nk jdi kanak2 balik..


ada crita disebalik lukisan..cuba tgk dan fahamkan btul2 lukisan nih..
sape paham dpt adiah gula2 hacks 2 biji..hehe


housemate...katenye..hehe


dh lama x masak2..skali kne masak kari ayam utk kuah roti jala..utk hidangan  hmpir 80 student..(xsilap la)
erk!kalah nk masak dpn mak mertua.. o_0


ayu ler kunun..huhu..pdhal muka tired+sleepy..


Si cantik manis Shaharniza =)




koje-koje!cukup tahun bayo gaji!


hasil usaha semua pihak..kami dpt mnyumbangkan 2 buah komputer utk kelas pemulihan Sk.Silamat =)
#proud!


Tuan Pengarah..Mr.Blogger En.Zack Zukhairi wif our fesi, Pn.Siti..


Afnan wif Pn.Siti


Pn.Siti memberikan kata2 terakhir sblum berpisah..sob sob =(


Group Baksis ku...


bersama hasil lukisan..hehehe..ad crita kami ber2 dlm lukisan nih ;)


wif tuan pengarah..


Yeay DONE!!!;)




pihak sponser ;)


My partner ''Baldu Biru''..Mr.Afnan..huhu


good bye Pn.Siti..ad rezeki kita berjumpa lagi =) *kesat air mata..sob sob*


Orang kuat G19 =)

lpas abis sgala mak datok aktiviti..now time to focus on FINAL EXAM!!
EXAM FEVER!


Pabila stress + bosan stdy..cenggini la jdiknya bila dh kul 3 4 pagi..tedy bear take place..huhu
nila boypren kesayangan ky UPM.. :p


first time kteorg dpt surat layang weyh! psg lgu kuat sgt kate nye..tpi aku rasa slow je..huhu
pdn muka kiteorg :p


hari pertama exam di Dewan Besar UPM..seram weyhh!


nk stdy dpn dewan??xdo mknenye..posing jela kje..sempat jer..haha #bajet x?

Lepas abis azab exam..aku terpilih utk join KEM PEWARIS pulak..
kem ala2 kadar..eh!bukann!!! kem ala2 Kepemimpinan gituuu
xdenye ala2 kadar..mula2 mmg rase nak masuk dlm beg budak2 sabah yg nk fly balik tu je..
punyela xnk pegi kem nih sbb senior2 ckp kem ni bnyk buli2 mental bgai..
tpi relakan diri ini utk pergi..
skali dah pegiiii..
WOW!!!!AWESOME BEBEYH!!!!
serius!xtipu nih..nk crita panjang x guna..hangpa p la sndiri! ^_^
 (nmpk x effct smgt PEWARIS  tu ad lagi??hehe)

abis kem..time for HOLIDAY!miss family n my besties kt muar meyhhh..
so coretan terakhir..memperkenalkan..
TEMAN-TEMAN TERHEBAT KU DI KOLEJ KEENAM =)

HARTINI (cik roomate ;))


HAFIZAH NURDIN


HANANI SAJALI


NOORIDA 


KUMA @ ANIS


RAIHANAH SYAHIRAH


NURUL WAFA


NOOR KHAIRINA & NOIE


RAIZA @ ZAZA


IEKA,JIHA,MIDAH,NURUL,ANIS & SHAHIRAH


INTAN & FARAH


HAZREEN SHAH


ASWAN


FIZIE & FITRI


FAHMI


FARIS


FENDY


HAIYAZI


SHAFIQ, STEPHEN,  HUSAM & FADHLI


KAK DILA & ZURIA


ZURIA & IEKA SUZAINA


HAIYYATI & RAI
HAIKAL RAZAK


p/s: maaf dipita andai terdapat keterlanjuran kata..maaf jika ada kengkawan yg xmention..wlaupun x mention,korang tetap TEMAN TERHEBAT n thanx sbb beri PENGALAMAN TERHEBAT di sem 1 nih =)
mmmuahx! <3
sory klau ad typo..mls nk edit..ngehehe :p
papai!