BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, 17 December 2015

#Memerlaku Diperlaku

#Memerlaku Diperlaku

Hanya diperlukan apabila memerlukan
Diperlakukan apabila diperlukan
Teruskanlah melakukan
Kerna aku hanyalah bayang-bayang
Yang seenaknya diitu inikan..

#AH

#Pelangi Seni

#Pelangi Seni

Ayuh kita kolaborasi
Nyanyi atas pelangi seni
Tulis puisi guna pena hati
Agar kau tak terus mati
Dalam khayalan sendiri!

#AH

#Siput Babi

#Siput Babi

Kau nak tahu kau umpama apa?
Kau umpama siput babi
Sebab aku tak tahu
Kau sejenis siput atau babi
Maka celakalah kau
Sebagai siput yang babi..
Hahaha..

#AH

#Cerita Skrin Rata

#Cerita Skrin Rata

Kau tanya aku kenapa
Aku tanya engkau mengapa
Dua-dua angkat bahu
Geleng kepala
Tak tahu nak jawab apa

Aku lari 1000 batu
Engkau terus diam membisu
Bila rasa sesuatu
Kita berlagak tak tahu
Sedangkan kau mahu tahu aku
Aku juga mahu tahu kamu

Cerita kita bukan cerita atas surat
Guna pena dakwat pekat
Tapi cerita kita atas skrin rata
Tiada bicara atau berjumpa
Hanya sentuh-sentuh papan kekunci saja

Engkau bukan Uda
Aku bukan Dara
Ada jodoh kita kan berjumpa
Tak tahu hari ini, esok atau lusa
Terserah pada yang Esa
Kita ikut saja apa yang Dia rencana.

#AH

#Harapan dan Pilihan

#Harapan dan Pilihan

Aku pilih untuk tidak  mahu kecewa lagi
Kerna kecewa itu datangnya dari sebuah harapan
Harapan yang tidak kesampaian
Harapan yang membunuh perlahan-lahan
Dari dia yang menghulur tangan
Tapi masih dilema dengan kepastian..

Hanyutlah kau bersama pilihan
Yang mengelirukan
Hati sudah kebas
Sudah lemas dalam pengharapan
Kau lelaki
Aku perempuan
Jangan samakan
Lepaskan
Aku tak mahu duduk dalam senarai pilihan..

#AH

#Mengalah Atau Parah

#Mengalah Atau Parah


Mengalah atau parah?
Aku pilih mengalah
Kerna aku sudah parah
Sebelum jadi lebih parah
Aku mengalah
Tapi tak bermakna aku kalah
Aku cuma mengalah
Kerna aku sudah lelah..

#AH

#INSAN ITU INSAN PICISAN

                 #INSAN ITU INSAN PICISAN

             Sensitif
Tapi tak pasif…

Pemendam
Tapi bukan pendendam…

Tak keseorangan
Tapi rasa kesunyian…

Hanya wujud
pabila diperlukan…

Itulah hidup
Insan picisan
Hidupnya memberi

  Tanpa dipedulikan…

#AH

#JAUH

#JAUH

Jangan bicara tentang suka
Kerna aku berkawan dengan semua..
Jangan bicara tentang sayang,
Kerna aku tak nampak bayang..
Jangan bicara tentang cinta,
Kerna belum tersentuh di jiwa..
                     Jauh..                     
Tak nampak
Mungkin dekat

Tapi tak jelas..

#AH

#AKU BUKAN TUHAN

#AKU BUKAN TUHAN

Menanti si pemimpin..
Untuk memimpin..
Dan terus dipimpin..
Aku tak kuat..
Tolong pimpin aku jalan..
Tolong kesat manik yang berguguran..
Tolong suburkan jiwa yang kekeringan..
Itu semua ujian..
Untuk uji kekuatan..
Juga keimanan..
Sebab aku cuma insan..

Bukan Tuhan..

#AH

#KAU KATA

#KAU KATA

Kau kata
Kau akan ada dengan aku bila ak susah
mahupun senang..
Kau kata
Kau akan ada dengan aku bila aku punya masalah..
Kau kata
Kau akan ada dengan aku bila aku lemah..
Kau kata
Kau tak akan tinggalkan aku sendirian..
Tapi sekarang
Aku susah
Aku punya masalah
Aku sendirian
Tapi kau tak ada..
Aku tak tahu kau tutup mata atau apa..
Aku tahu aku siapa dan kau siapa..
Kau adalah seseorang
Dan aku tak punya apa-apa..
Jangan ingat aku diam bermakna aku biasa-biasa..
Aku muak
Aku jelak

Lepas ni
Aku diam
Kau jangan tanya kenapa..

#AH


#CERITA KAMPUS AKU, KAU DAN DIA

#CERITA KAMPUS AKU, KAU DAN DIA

Aku tahu
Waktu tu akan tiba jua
Waktu yang menuntut untuk aku,kau dan dia
Berpisah..
Jiwa resah
Hati gundah
Bukannya satu masalah
Cuma..
Cuma aku belum sedia untuk berpisah..

Mungkin kerana ada hubungan kimia
Yang sangat aku hargai..
Takpe..
Kita nikmati waktu yang berbaki
Supaya ada kenangan dalam kotak memori
Untuk aku,kau dan dia bawa pulang nanti
Bila waktu itu tiba
Untuk kita semua pergi..
Yang entah bila akan berjumpa lagi..
Kawan..

Terima kasih..

#AH

#MUKA HATI


#MUKA HATI

Muka
Hati
Muka-muka
Hati-hati
Muka hati..
Kau rasa
Muka dan hati saling mengenali?
Tapi
Apa di hati
Muka beri ekspresi..
Hati gembira
Muka gembira
Hati berduka
Muka pun gembira..
Eh!
Takpe..
Dah biasa..
Hati aku
Muka aku
Kau sibuk dah kenapa?
Kalau membantu takpe
Tapi kau diam macam batu
Ah..kau memang macam tu..
Hati aku
Muka aku
Aku punya suka

Kau tak payah ambil tahu.

#AH

#JANGAN

#JANGAN

Sekali senyuman terukir
Jangan kau hapuskan senyuman itu..
Sekali pita suara meledakkan tawa
Jangan sesekali kau singkirkan tawa itu..
Sekali bahagia menyapa lembut tubuhku
Jangan kau usirkan bahagia itu..
Kerna aku hanya mahu
senyuman
tawa 
dan bahagia
terus kekal bersamaku..

Di situ..

#AH

#CINCIN HATI


Walau tiada tanda cincin di jari
Cincin di hati tak siapa ketahui
Tak terzahir dari pandangan
Tapi dapat dirasa dengan hati
Jika benar hadirnya dari Ilahi
Kau dan aku tak dapat nafi
Kerna semuanya ketentuan Ya Rabbi..
Siapa??

Tanya hati..

#AH

#CARI


Aku pilih undur diri
Dari terus makan hati
Biarlah jadi pemerhati
Kalau kau rasa apa aku rasa
Cari..
Kalau kau rasa penting
Cari..
Itu pun kalau kau belum terlambat
Dan belum jauh tersesat
Aku ada
Tapi aku mahu kau cari
Aku dah tak mahu tunggu lagi
Sakitnya tak kau ketahui
Semoga kau berjaya

Mencari apa yang perlu kau cari..

#AH

#SAHABAT


Ego aku takkan dapat terpahat tinggi..
Konkritnya hati terlebur kerana rindu..
Rindu akan sebuah nilai..
Nilai yang tak ternilai..
Kenalan
Kawan
Rakan
Sahabat
Teman..
Ya,kaulah
Kenalan yang mengenali siapa aku
Kawan yang menawanku
Rakan yang menyenangkanku
Sahabat yang sentiasa terpahat
Dan teman yang sentiasa menemaniku..

SAHABAT,
Jangan bunuh aku perlahan-lahan..

#AH